Komuniti Penulis PTS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Penulis PTS

Komuniti Penulis PTS diwujudkan sebagai tempat para penulis bertemu bagi tujuan produktiviti karya dan membincangkan isu-isu serta berkongsi informasi berguna dalam dunia penulisan. Forum ini adalah projek komuniti dan bukanlah saluran rasmi korporat PTS.
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Feb-Mac Bengkel Penulisan IKIM

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Male Number of posts : 17
Age : 43
Location : Melaka
Job/hobbies : Penulis Bebas
Registration date : 2008-01-29

Feb-Mac Bengkel Penulisan IKIM Empty
PostSubject: Feb-Mac Bengkel Penulisan IKIM   Feb-Mac Bengkel Penulisan IKIM Icon_minitimeSun Feb 03, 2008 2:37 am

Pusat Perundingan dan Latihan, IKIM (PPLI) sekali lagi akan menganjurkan Bengkel Penulisan pada tahun 2008. berbeza dengan bengkel- bengkel penulisan yang lain, Bengkel Penulisan ini akan dianjurkan secara bersiri iaitu:

Siri 1: Penulisan Kreatif dan Bacaan Popular
Siri 2: Penulisan Artikel dan Jurnal Ilmiah
Siri 3: Penulisan Artikel Majalah dan Akhbar

Para peserta akan dibimbing oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman di dalam bidang penulisan. Diharapkan para peserta dapat memilih bidang penulisan yang ingin diceburi dan dikuasai melalui pengkhususan Siri seperti ini seterusnya mendapat kesan sepenuhnya daripada Siri Bengkel Penulisan ini.

KUMPULAN SASAR “SIRI 1” : Creative and Popular Writing

Bengkel ini adalah terbuka kepada ahli akademik, penyelidik, penulis, penerbit, editor buku dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat yang berkeinginan tinggi untuk karyanya diterbitkan.

Bahasa pengantara kursus 1

Bengkel ini akan dikendalikan di dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Bayaran.

Bayaran untuk mengikuti bengkel ini ialah RM200.00 seorang bagi setiap Siri. Peserta boleh mendaftar bagi mana- mana Siri yang ingin disertai. Sijil penyertaan dan modul bantuan akan diberikan kepada para peserta.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari laman web Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) di www.ikim.gov.my atau menghubungi Ir. Ahmad Jais Alias, Fellow PPLI / En. Mohd Faizal Afif Abdullah, Penolong Pengurus Program PPLI di talian 03-6204 6241/243/244 atau faksimili 03-6204 6240 atau melalui e-mel ppli@ikim.gov.my.

Biodata penceramah.

Sharon Bakar adalah warga British yang telah menetap di negara ini lebih daripada 20 tahun. Beliau dikenali di kalangan masyarakat penulis dan sentiasa terlibat di dalam mengembangkan bidang penulisan. Beberapa buah buku beliau telah diterbitkan, begitu juga artikel beliau sering disiarkan di akhbar. Beliau adalah pemegang ijazah Pendidikan Inggeris, dan berpengalaman membantu para penulis buku untuk menyempurnakan karya mereka.

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud adalah Mantan Profesor dan Timbalan Pengarah di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), dan telah menghasilkan beberapa buah buku, dan lebih daripada 100 makalah yang diterbitkan di pelbagai jurnal dan persidangan. Beliau merupakan antara pelopor kepada faham budaya ilmu, dan sering memperkatakan soal integriti dan adab dalam pandangan Islam. Kini beliau merupakan Profesor di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Maklumat lanjut.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php
Back to top Go down
http://www.zamrimohamad.com
 
Feb-Mac Bengkel Penulisan IKIM
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Teknik penulisan KJ Method
» 10 Feb 2008 Bengkel Menulis Novel Remaja
» Pembimbing bengkel novel dicari sebelum 8 Mac 2008
» 3 Feb 2008 Bengkel Kejurulatihan Tuan Osman Affan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Penulis PTS :: Bengkel Penulisan dan lain-lain-
Jump to: