Komuniti Penulis PTS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Penulis PTS

Komuniti Penulis PTS diwujudkan sebagai tempat para penulis bertemu bagi tujuan produktiviti karya dan membincangkan isu-isu serta berkongsi informasi berguna dalam dunia penulisan. Forum ini adalah projek komuniti dan bukanlah saluran rasmi korporat PTS.
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Teknik penulisan KJ Method

Go down 
2 posters
AuthorMessage
masrule




Male Number of posts : 2
Age : 45
Location : Johor
Registration date : 2008-03-13

Teknik penulisan KJ Method Empty
PostSubject: Teknik penulisan KJ Method   Teknik penulisan KJ Method Icon_minitimeMon Apr 21, 2008 4:35 pm

Salam, saya agak terkilan kerana tidak dapat menyertai kursus penulisan KJ Method.
Boleh tak kongsikan kaedah penulisan KJ method disini?
Back to top Go down
http://instantbisnes.com
Admin
Admin
Admin


Male Number of posts : 17
Age : 43
Location : Melaka
Job/hobbies : Penulis Bebas
Registration date : 2008-01-29

Teknik penulisan KJ Method Empty
PostSubject: Kaedah KJ Method   Teknik penulisan KJ Method Icon_minitimeSat Apr 26, 2008 1:33 pm

Assalam alaikum

Saya didedahkan kepada teknik penulisan buku apabila menyertai ahli keluarga PTS.

Kami didedahkan dengan kaedah KJ Method. Satu kaedah yang diperkenalkan oleh Kawakita Jiro. Kaedah ini mempercepatkan dan meningkatkan produktuviti penulis berkarya 3-4 buku pada satu-satu masa.

Buat pengetahuan Tuan Masrule, sebuah buku Tip Menjadi Penulis Bestseller akan diterbitkan oleh PTS Profesional pada tahun ini, penjelasan lebih lanjut mengenai KJ Method akan terkandung dalam buku tersebut. Tarikh berada di pasaran akan dimaklumkan kemudian.

Secara umumnya, setiap penerbitan mempunyai pendekatan dan kaedah tersendiri bagi buku-buku yang diterbitkan. Ia bergantung kepada kajian pasaran buku yang dikendalikan oleh penerbit.

Pertama, jangan tulis buku yang dicadangkan.

Berjumpalah dengan penerbit dan berbincang dengan penerbit. Kebanyakan penerbit menginginkan kertas cadangan bagi mendapatkan idea dan kekuatan buku bagi dipasarkan. Sebagai contoh, dalam amalan kerja PTS mereka memberikan panduan ini.

http://www.motivasiminda.files.wordpress.com/2007/09/panduan_menulis_kertas_cdgn_buku.pdf

Kedua, setelah dipersetujui, mulakan menulis buku menggunakan kaedah KJ Method.

Di sekolah kita diajar menulis menggunakan pendekatan linear. Kita diajar menulis dengan permulaan, isi pertama, kedua dan ketiga kemudian diakhiri dengan penutup.

Kaedah ini mempunyai kelemahan tersendiri. Sekiranya penulis tidak dapat bermula dengan isi pertama, secara automatik isi kedua dan ketiga akan terbantut.

Dengan menggunakan kaedah KJ Method, kita diajar kaedah tidak linear. Kita bermula dari mana sahaja. Apabila timbul idea, terus senaraikan. Jangan kira sama ada ia idea bagi bab pertama, kedua atau seterusnya. Teruskan menulis seberapa banyak poin-poin yang timbul dalam kepala.


Teknik penulisan KJ Method Tulis+sahaja


Senaraikan sahaja tanpa fikir mana poin awal dan poin akhir. Senaraikan kesemuanya.

Ketiga, mulakan menulis isi.

Seorang penulis buku akan menggunakan buku-buku dan bahan lain bagi menghasilkan karya. Minimum sebuah karya memerlukan sepuluh buku berkaitan bagi menulis bukunya sendiri.

Mulakan dari mana-mana poin yang Tuan ingin tulis. Sasarkan jangkaan waktu bagi menghasilkan sebuah buku. Misalnya 3 bulan bagi sebuah buku. Ada penulis menulis satu poin sehari dengan 2-3 halaman bagi satu poin. Ada yang rajin menulis lebih sekitar 4-5 halaman sehari. Lakukan secara konsisten.

Teknik penulisan boleh dilihat daripada buku-buku bestseller luar negara. Kaji dari gaya bahasa, cara mereka menggabungkan cerita, fakta, huraian dan perbandingan dan cara susunan isi kandungan. Kita tiru konsep yang terbaik.

Gunakan bahasa Melayu yang standard agar ia mudah diadaptasi ke bahasa lain jika bersesuaian bagi pasaran luar Malaysia.

Setiap satu poin disimpan sebagai satu fail Word.


Teknik penulisan KJ Method Senaraikan


Keempat, penggunaan gaya bahasa yang dekat dengan pembaca.

Pembaca adalah genius dan mereka tidak mahukan buku yang mengajar-ajar dan menyuruh mereka. Sebagai contoh:

Ibu bapa mestilah menyayangi anak mereka. Pembaca akan membaca Oh, awak ingat saya tidak sayang anak? Sehingga perlu diberitahu.

Perkataan mesti, janganlah, hendaklah, sepatutnya atau sebarang bentuk ayat mengarah-arah hanya digunakan dalam proses kerja atau hukum.

Tukar kepada, Kasih sayang ibu bapa adalah formula ketenangan anak, atau apa sahaja ayat bersifat neutral.

Kelima, susun semula poin-poin dalam kategori yang sama.

Ada poin-poin yang sama kategorikan dalam satu folder. Sebagai contoh


Teknik penulisan KJ Method Folder


Keenam, susun semula bahan mengikut isi kandungan.

Manuskrip biasanya dalam lingkungan 200 halaman dengan jarak langkau dua baris dan font Times New Roman saiz 12. Ia dihantar dalam softcopy (CD) dan hardcopy (bercetak).


Teknik penulisan KJ Method Isi_kandungan


Manuskrip biasanya dalam lingkungan 200 halaman dengan jarak langkau dua baris dan font Times New Roman saiz 12. Ia dihantar dalam softcopy (CD) dan hardcopy (bercetak).
Back to top Go down
http://www.zamrimohamad.com
masrule




Male Number of posts : 2
Age : 45
Location : Johor
Registration date : 2008-03-13

Teknik penulisan KJ Method Empty
PostSubject: Re: Teknik penulisan KJ Method   Teknik penulisan KJ Method Icon_minitimeWed Apr 30, 2008 9:11 am

Terima kasih diatas perkongsian ilmu dari Tuan Zamri. Saya akan menunggu buku tersebut, harap ia dapat membantu dalam penghasilan buku bestseller dan penghasilan 3-4 buku setahun.
Back to top Go down
http://instantbisnes.com
Sponsored content





Teknik penulisan KJ Method Empty
PostSubject: Re: Teknik penulisan KJ Method   Teknik penulisan KJ Method Icon_minitime

Back to top Go down
 
Teknik penulisan KJ Method
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Feb-Mac Bengkel Penulisan IKIM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Penulis PTS :: Soalan lazim dan isu komuniti penulis.-
Jump to: