Komuniti Penulis PTS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Penulis PTS

Komuniti Penulis PTS diwujudkan sebagai tempat para penulis bertemu bagi tujuan produktiviti karya dan membincangkan isu-isu serta berkongsi informasi berguna dalam dunia penulisan. Forum ini adalah projek komuniti dan bukanlah saluran rasmi korporat PTS.
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Mari Mulakan Taaruf!

Go down 
+3
alifstyle
Admin
firdaus_ariff
7 posters
AuthorMessage
firdaus_ariff




Male Number of posts : 3
Age : 38
Location : Kuala Lumpur / Kuantan
Job/hobbies : Student
Registration date : 2008-02-02

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Mari Mulakan Taaruf!   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeSat Feb 02, 2008 2:21 pm

Dengan sukacitanya saya merasmikan forum ini. Very Happy

Nama dalam IC: Muhammad Firdaus bin Ariff
Blog: http://studio.ibnuariff.com
Emel: ibnu.ariff@gmail.com

Karya: Sayap Adinila (PTS Fortuna)
Editor-in-charge: Mat Jan
Back to top Go down
http://studio.ibnuariff.com
Admin
Admin
Admin


Male Number of posts : 17
Age : 43
Location : Melaka
Job/hobbies : Penulis Bebas
Registration date : 2008-01-29

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Re: Mari Mulakan Taaruf!   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeSat Feb 02, 2008 3:14 pm

Nama: Zamri Mohamad
e-mel: zamrimohamad@gmail.com
web: www.zamrimohamad.com
blog: www.motivasimindamu.blogspot.com
www.motivasiminda.wordpress.com

nombor telefon: 019 2880451

Buku:

Tahun terbitan 2006: Memahami Bahasa Cinta Lelaki. (PTS M)
Tahun terbitan 2006: 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. (PTS M)
Tahun terbitan 2006: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. (PTS M)
Tahun terbitan 2007: Magnet Cinta. (PTS M)
Tahun terbitan 2008: Tip Karier untuk Wanita Moden. Ditulis bersama Abdullah Hassan. (PTS M)
Tahun terbitan 2008: Tip Urus Masa untuk Wanita Moden. Ditulis bersama Nadzirah Ahmad Basri. (PTS M)
Tahun terbitan 2008: Rahsia Bisnes Mamak. Ditulis bersama Muhammad Faisal Sharbudin. (PTS PRO)
Tahun terbitan 2008: Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart. Ditulis bersama Mohd Firdaus Hamsin. (PTS M)
Tahun terbitan 2008: Menjadi Isteri Pujaan Suami Sepanjang Hayat. Ditulis bersama Imran Yusof. (PTS M)
Tahun terbitan 2008: Cashflow untuk pengantin baru ditulis bersama Shamsuddin Kadir. (PTS M)
Tahun terbitan 2008: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Buku. (PTS PRO)

Kejurulatihan

Pengendali bengkel Penulis Bebas bagi majalah, akhbar dan buku.
Back to top Go down
http://www.zamrimohamad.com
alifstyle

alifstyle


Number of posts : 2
Registration date : 2008-02-06

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Re: Mari Mulakan Taaruf!   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeWed Feb 06, 2008 9:30 am

Nama:
Alif Firdaus Azis
E-mel:
cartoonrama@yahoo.com
web:
http://cartoonrama.blogspot.com/ (official)
http://www.cartoonrama.blogspot.com/ (hobi silap mata saya)
https://www.youtube.com/user/alifstyle ( hobi video saya )

Novel:

Untuk Syampoo (PTS ONE)
Bergaduh dan Menari (PTS ONE)
Rahsia Firdaus (PTS ONE)
Hantu Silap Mata (PTS ONE) - kegemaran peribadi

komik
Orang Kuat (PTS ONE)
Remaja@PTS ONE (PTS ONE) - kompilasi
Malaysia 24 Comics Day 2006 - kompilasi
Alwan (sumbang sedikit sahaja)
Majalah Gila-gila (Creative Enterprise sekitar 1998-2002)
Harian Metro (sekitar 2000-2002)
Umbra comix (sekitar 2002-2004)
Megi Itik

Artikel

Dewan kosmik
Majalah Mato-mato
Umbra Comix


Last edited by alifstyle on Mon Mar 03, 2008 4:25 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Amiene Rev

Amiene Rev


Male Number of posts : 6
Age : 41
Location : Kota Bharu / Johor Bahru
Job/hobbies : Martial Art, Gym, Sprinter, Archery, Bowling, Swimming, BBQ, Writing, Counselling, Reading, Travels
Registration date : 2008-02-07

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Salam Kedamaian   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeThu Feb 07, 2008 10:14 pm

Alhamdulillah. Semoga forum ini dapat membantu mengeratkan hubungan antara para penulis dan bakal penulis. Wink

Nama:
Amiene Rev


Blog Utama:
Blog: http://dukeamienerev.blogspot.com
(Tidak sempat menyudahkan kerja-kerja mengemaskini rekabentuk terbaru blog sebab server IPT sudah sekat Blogger. Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa blog ini sekarang, sebab tak dapat view . Rasanya rekabentuk blog agak berterabur - kadang-kadang dapat pos entri, kadang-kadang tak dapat pos entri. Kerja-kerja pengubahsuaian terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Harap-harap paparan blog tidak menyakitkan mata pengunjung.)


Forum Pendidikan dan Pengubat Hati (Kaunseling):
E-Forum: http://s6.invisionfree.com/dragonizer aka dragonizer.cjb.net
(Sudah lama tidak terlibat secara aktif kerana fokus pada kerja-kerja akademik dan penulisan saraan hidup yang terkini.)


Sumbangan Dalam Bidang Intelektual dan Penerbitan:
1998: Ketua Pengarang Majalah BESTARI (Sekolah) - editorial dan grafik
2001: Pengarah Program Apresiasi Puisi Penulisan Kreatif - seni
2002: Puisi untuk majalah-majalah lokal - seni
2002: Ketua Animator 3D untuk montaj program pendidikan - multimedia
2003: Pengarah Seni untuk Montaj Animasi Program Berunsur Pendidikan - multimedia
2004: Ilustrator luar dan dalam untuk SPTIANS (buku alumni) - editorial dan grafik
2005: Pengerusi Kelab Penulis Dragonizer - sastera dan intelektual
2006: Sumbangan kecil untuk sebuah novel KarnaDya - seni
2006: Hasil tugasan grafik untuk buku Teknologi Rekabentuk Grafik Digital (VENTON) - grafik
2007: Pengasas dan Pengarah KITAB - intelektual
2008: Sumbangan kecil untuk kerja-kerja penulisan seorang penulis PTS Fortuna - sedang meneliti manuskrip kedua


Perancangan masa depan:
  1. Bakal penulis (sedang menulis) novel untuk PTS dan KarnaDya.
  2. Berminat untuk menjadi ilustrator kulit buku luar dan dalam sekiranya diperlukan.
  3. Menarik bakal-bakal penulis (anak-anak murid yang terdiri daripada pelajar sekolah dan tutee di rumah anak-anak yatim serta kenalan di dunia nyata atau alam siber) menyertai barisan karyawan di PTS dan KarnaDya.


Semoga PTS dan KarnaDya berkembang maju dalam usaha melahirkan generasi berilmu yang bijaksana, bersatu-padu dan penyayang. Puan Ainon Mohd, staf-staf, penulis-penulis di PTS dan KarnaDya (khususnya Kak Aina Emir) merupakan orang-orang yang terpenting dalam mengembalikan semula kebahagiaan hidup saya dalam dunia penulisan.
Back to top Go down
http://dukeamienerev.blogspot.com
NeenaUmi




Female Number of posts : 1
Age : 65
Location : Malaysia
Registration date : 2008-02-10

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Re: Mari Mulakan Taaruf!   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeSun Feb 10, 2008 11:23 pm

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya Umi Kalthum bt. Ngah.
Bertugas di:
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang.

Saya langsung tidak ada asas menulis. Menulis kertas kerja teknikal adalah..Mula menulis karya kreatif secara suka-suka (sebenarnya melepaskan tekanan sebab kadangkala buntu dalam pengajian Ph.D). Selepas menghadiri satu bengkel penulisan dikendalikan oleh Cik Elizabeth Yap (yang mengajar di University of Sydney, Australia, dia balik Malaysia setahun sekali buat bengkel penulisan untuk 'cover' tiket pergi dan balik, tapinya, bengkel dia dalam bahasa inggeris), tiba-tiba ide datang mencurah-curah.

Tulis hentam keromo, hantar pada PTS - tahu mengenai PTSpun melalui Ir. Hajjah Endok Sempo Tahir, (ada dua bab karya saya dalam buku "Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung") yang minta saya hubungi Encik Fauzul Naim. Saya jemput kendalikan bengkel di Perak bawah anjuran Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Puan Norhazizam ketika itu masih menerajui PTSOne menerima dua karya saya iaitu "Dafodil Untuk Insyirah" dan "Sentuhan Muttaqeen". Setelah hadir bengkel Puan Ainon-Teori Surah Yusof, baru saya belajar KJ method dan lain-lainnya. Saya masih ingat lagi, waktu itu duduk sebelah Puan Rashidah Mohd. Nor yang peramah (asyik-asyik mengacau dia dan bertanya "KJ method itu apa", "Jibunsyi itu apa?" Serba serbinya tidak tahu..bikin malu saja!)...Alhamdulillah, selepas itu, di bawah bimbingan Puan Ainon, dapat menghasilkan dua lagi karya iaitu "Seungu Lavendar" dan "Seindah Dafodil".

Ini blog saya:
http://biasanembun.blogspot.com
http://opalinedew.blogspot.com

Nota. Insyirah itu sempena cucu saya (sudah berusia dua setengah tahun). Apabila terpandang saja wajahnya ketika dia dilahirkan, tiba-tiba dapat ilham menulis, lalu lahirlah buku pertama saya itu.. Very Happy
Back to top Go down
http://biasanembun.blogspot.com
faizul kamaruddin




Male Number of posts : 2
Age : 79
Location : shah alam
Registration date : 2008-02-28

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Re: Mari Mulakan Taaruf!   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeThu Feb 28, 2008 10:37 am

Assalamualaikum,

Nama: Faizul bin Kamaruddin

Karya:

Napiru : dendam naga biru (Karnadya)
Siri Adam kecil : sakit gigi (PTS ONE)
Siri Adam kecil edisi raya: satu cerita saya sumbangkan tajuk KAD RAYA (PTS ONE) Arrow
Back to top Go down
http://www.napiru.blogspot.com
faizul kamaruddin




Male Number of posts : 2
Age : 79
Location : shah alam
Registration date : 2008-02-28

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Re: Mari Mulakan Taaruf!   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeThu Feb 28, 2008 12:19 pm

Assalamualaikum. Very Happy

Bagaimana saya mula mengenali PTS dan karya pertama yang saya hantar pada syarikat penerbitan.

Pada pertengahan tahun 2006, saya mula mencari peluang untuk terlibat dalam dunia penulisan. Rasa membuak-buak untuk bergelar penulis pada waktu itu adalah kerana ingin melihat nama tercatit pada kulit buku. Laughing

Saya, tanpa berlengah lagi, mencari peluang itu di dalam internet. Akhirnya saya menjumpai satu blog. Blog itu adalah kepunyaan saudara Alif Firdaus Aziz. Saya tertarik dengan isi kandungan blog itu yang sangat menarik. Kemudian saya ternampak karyanya yang bertajuk untuk syampoo. Lalu, saya bercadang untuk mendapatkan novel itu. Surprised

Malangnya saya tidak menjumpai novel tersebut. Sebaliknya, saya menjumpai novel TUPAI DAN SEPET karya Puan Ida Rizyani Tahir. Novel Tupai dan Sepet adalah buku pertama yang saya beli, terbitan PTS ONE. Smile

Saya membaca novel itu. Mengkaji ayat-ayat yang digunakan. Buku itu menarik dan simpel. Beberapa hari berikutnya, saya membeli buku Untuk Syampoo. Novel ini sangat menghiburkan dan lucu. cyclops

Melalui Yahoo Massenger, saya berborak dengan saudara Alif Firdaus Azis. Macam-macam soalan saya tanya. Saya ada juga menghantar karya-karya separuh siap. Namun banyak kelemahan pada karya itu. Saudara Alif, meminta saya menghadiri bengkel yang di anjurkan oleh PTS, sebelum layak menjadi penulis syarikat penerbitan itu. Shocked

Saya ada menyiarkan hasrat ingin menjadi penulis di dalam blog. Suatu hari seseorang telah membaca karya saya. Beliau mengatakan, dia suka karya separuh siap saya itu. Kemudian beliau memberikan no telefon beliau kepada saya. Dengan perasaaan gemuruh dan risau, saya menghubungi beliau. Beliau telah mengajak saya untuk menghadiri bengkel PTS di Wangsa Maju. bounce

Pada Hari yang di janjikan, beliau telah menunggu saya di hadapan Giant Hypermarket. Pertama kali saya melihat beliau, dia kelihatan seperti ustazah. Beliau ialah Puan Zalisa. Saya dan Puan Zalisa berjalan bersama menuju ke tempat bengkel. Sampai di bengkel, ramai sangat orang di dalam bilik yang sederhana luas itu. Kali pertama itulah, saya melihat wajah Puan Ainon. Saya sempat mengambil gambar secara tersembunyi untuk di paparkan di blog. tongue

Beberapa minggu berikutnya, saya membeli buku Siri Adam kecil, bertajuk bertarung dengan kerengga. Kemudian, tidak silap saya, saya menghubungi encik Ashadi Zain melauli e mel. Dia mengajak saya untuk menyertai K PENCAK. Melaui K PENCAK, ahli boleh menyumbang cerita untuk Siri Adam kecil. Beliau menasihatkan saya untuk membaca beberapa buah siri Adam kecil, supaya saya dapat ikut gaya bahasa di dalam buku itu. Wink

Saya pun, membeli lagi beberapa Siri Adam kecil. Dengan menggunakan Lap Top secondhand yang dibeli melalui rakan kakak saya. Saya mula menulis karya untuk Siri Adam kecil. Harga Lap top itu RM 800. Encik Ashadi Zain, telah memberikan saya nama setiap watak dan perwatakkan dalam siri Adam Kecil, supaya memudahkan kerja saya. Basketball

Sewaktu menghasilkan Siri Adam kecil, saya berulang-ulang kali menyemak buku-buku siri itu, kerana bimbang gaya bahasa saya tidak sama seperti yang sudah diterbitkan. Encik Ashadi juga, banyak memberikan semangat kepada saya untuk terus menyiapkan karya. pale

Akhirnya karya itu siap. Selama setahun lebih saya menunggu untuk karya itu diterbitkan. Saya faham, PTS mempunyai banyak judul untuk di terbitkan. Jadi, saya sabar menunggu. Selama menunggu itu saya menghadiri bengkel anjuran KARNADYA. Mereka tertarik dengan idea saya, lalu saya terus menghasilkan karya Napiru. affraid

Karya Napiru akhirnya berjaya berada di pasaran pada hujung bulan Ogos 2007. Saya gembira kerana sudah bergelar penulis buku kanak-kanak. Dan sekarang pada penghujung bulan dua ini, saya masih bersabar menunggu kemunculan Siri Adam kecil yang saya hasilkan tahun 2006 itu berada di pasaran. Rolling Eyes
Back to top Go down
http://www.napiru.blogspot.com
Namialussata




Male Number of posts : 1
Age : 50
Location : Melaka
Registration date : 2011-05-10

Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: salam   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitimeTue May 10, 2011 7:50 pm

Saya termanggu.Forum ini wujud sekian lama dan saya tidak pernah tahu atau diberitahu.

Salam.

Back to top Go down
http://www.saatcham.com
Sponsored content





Mari Mulakan Taaruf! Empty
PostSubject: Re: Mari Mulakan Taaruf!   Mari Mulakan Taaruf! Icon_minitime

Back to top Go down
 
Mari Mulakan Taaruf!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Penulis PTS :: Mari kita kenalkan diri di sini.-
Jump to: