Komuniti Penulis PTS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Penulis PTS

Komuniti Penulis PTS diwujudkan sebagai tempat para penulis bertemu bagi tujuan produktiviti karya dan membincangkan isu-isu serta berkongsi informasi berguna dalam dunia penulisan. Forum ini adalah projek komuniti dan bukanlah saluran rasmi korporat PTS.
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Sesi bersama penulis dan penerbit di bawah PTS Millennia.

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Male Number of posts : 17
Age : 42
Location : Melaka
Job/hobbies : Penulis Bebas
Registration date : 2008-01-29

Sesi bersama penulis dan penerbit di bawah PTS Millennia. Empty
PostSubject: Sesi bersama penulis dan penerbit di bawah PTS Millennia.   Sesi bersama penulis dan penerbit di bawah PTS Millennia. Icon_minitimeSat Feb 02, 2008 5:10 pm

Penulis sedia ada dan mereka bercadang hendak menjadi penulis digalakkan hadir.

Dipetik daripada Akademipenulis.com

Saya meneliti beberapa pandangan yang diberikan oleh rakan penulis melalui SMS, email dan ruangan diskusi di laman ini. Pandangan-pandangan bernas daripada semua amat saya alu-alukan dan dahului dengan jutaan terima kasih.

Sehubungan dengan itu pihak kami ingin menganjurkan sesi ramah mesra bersama PTS Millennia Sdn Bhd. Sesi ini diwujudkan bagi membuka ruang bagi pihak pengarang bertukar-tukar pandangan dengan pihak kami. Di samping itu juga pada sesi ini pihak kami akan membentangkan perancangan PTS Millennia bagi tahun 2008 hingga 2010. Konsep, model, tajuk dan banyak lagi akan dikongsikan dengan semua.

Sesi ini dibahagikan kepada empat sesi yang akan diadakan dalam dua hari 23 dan 24 hb. Februari 2008. Para pengarang PTS Millennia Sdn Bhd (baru dan lama) dan bakal pengarang adalah dijemput hadir. Perinciannya boleh dirujuk di ruangan aktiviti akan datang di sebelah kanan laman. Saya amat berminat untuk bertemu dengan semua bagi membuang segala kekusutan mengenai program dan dasar penerbitan di PTS Millennia khususnya dan Kumpulan PTS amnya. Kita bertemu di sana.


23 Febuari:
Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Islam Kontemporari (9:00 am)
23 Febuari:
Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Motivasi & Pembangunan Diri (2:00 pm)
24 Febuari:
Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Wanita, Gaya Hidup dan Perhubungan (9:00 am)
24 Febuari:
Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis buku Remaja & I-Novela (2:00 pm)
Back to top Go down
http://www.zamrimohamad.com
 
Sesi bersama penulis dan penerbit di bawah PTS Millennia.
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mencari Penulis Bersama
» kongsi ilmu bersama sy zeqqin
» Penulis Buku Anak Digital
» salam perkenalan utk smua penulis
» Bukan penulis boleh sertai sama?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Penulis PTS :: Mesej daripada editor PTS.-
Jump to: